Pages

Upgrade Firmware Symbian Anda

Posted by Syahmi Senvorra | Posted in | Posted on 8:22 AM

1. Melalui Symbian^3, dalam semua perantinya setakat ini (N8, C7, C6-01 dan E7), dan juga yang akan datang, Nokia telah memberikan satu kemudahan kepada pengguna untuk menaiktaraf firmware.
2. Ini bukanlah sesuatu yang baru sebenarnya, kerana Nokia telah menyediakan kemudahan ini semenjak Symbian S60 3rd Edition FP2 lagi seperti Nokia E75, N86 dan E72 serta E52.
3. Kemudahan ini adalah satu cara untuk menaiktaraf firmware tanpa perlu menggunakan komputer. Pengguna hanya perlu menggunakan telefon pintar Symbian yang dihubungkan ke internet untuk melaksanakan proses penaiktarafan.
4. Baru-baru ini, Nokia telah melepaskan firmware baru untuk Nokia E7 iaitu versi 14.002 atau dikenali juga dengan PR1.1 untuk.
5. Untuk makluman, PR1.0 Nokia E7 adalah sama dengan PR1.1 bagi N8, C7 dan C6-01. Jadi, PR1.1 E7 menunjukkan bahawa PR1.2 mungkin akan dilepaskan untuk N8, C7 dan C6-01 tidak lama lagi. Ini adalah spekulasi saya semata-mata.
6. Proses untuk menaiktaraf telefon Pintar Symbian^3 adalah amat mudah. Dalam hal Nokia E7 ini, anda hanya perlu membuka satu perisian yang digelar “SW Update” dan ikutlah arahan yang dipaparkan satu persatu.
7. Sekiranya anda mengikuti setiap langkah dengan betul, anda akan berjaya menaiktaraf firmware Nokia E7 anda dalam masa lebihkurang lima minit sahaja.
8. Yang penting, anda perlulah berada dalam capaian internet berkelajuan tinggi seperti WiFi atau capaian 3G bagi memindahturun data-data yang diperlukan dengan cepat.
9. Sebagai contoh, disini saya kongsikan pengalaman saya menaiktaraf firmware Nokia E7. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menaiktaraf telefon pintar Symbian^3 yang lain seperti Nokia N8, C7 dan C6-01.
Selamat mencuba!
Asri al-Baker, Untuk SymbianKu.Com
17 Mac 2011


Langkah 1 - Apabila anda membuka perisian SW Update, ia akan menghubungi pelayar (server) dan sekiranya ada firmware terbaru, ia akan dipaparkan, da sedia untuk dipindahturun.

Anda boleh memeriksa perincian firmware tersebut terlebih dahulu untuk rujukan.

Saiz data yang akan dipindahturun juga dipaparkan untuk rujukan anda.

Langkah 2 – Mulakan proses penaiktarafan dengan memilih firmware yang dikehendaki. Tekan “Options – Start Update”. Seterusnya, permintaan anda akan diproses.

Proses memindahturun data formware akan dijalankan. Sila bersabar. Jika anda menggunakan internet berkelajuan tinggi, ia hanya akan mengambil masa yang sekejap.

Langkah 3 – Setelah selesai proses memindahturun data, anda akan dimaklumkan dan ditanya samada anda bersedia untuk menaiktaraf firmware atau tidak. Sila pilih “Now” untuk meneruskan proses ini.

Setelah anda pilih “Now”, anda dinasihati agar membuat salinan dan sandaran data. Sila pilih “Accept”.

Sekali lagi, anda diberi peringatan. Kali ini, ia memberitahu anda bahawa telefon anda tidak boleh digunakan semasa proses penaiktarafan sedang dijalankan. Sila pilih “Accept”.

Sila tunggu dengan sabar, telefon anda akan mati dengan sendirinya, dan selang beberapa saat, ia akan kembali bernyawa, tetapi ia tidak berfungsi. Pastikan ada perkataan “Updating” tertera di permukaan skrin.

Apabila proses “Updating” telah selesai, telefon anda akan memaparkan perkataan “Restarting phone”. Jangan risau, anda hampir berjaya. Hanya perlu tunggu beberapa saat sahaja lagi.

Nah! Telefon E7 anda telah selamat dinaiktarafkan firmwarenya kepada yang terbaru!

Comments (0)

Post a Comment