Pages

TS

Posted by Syahmi Senvorra | Posted on 3:13 AM

Jangan Terlalu Mengharap

Kini aku (senvorra) mngerti....

Jangan terlalu mengongkong si dia atau mengharap cinta daripada si dia. kamu akan kecewa pada suatu hari nanti kerana terlalu mengharap dan memberikan 100% dalam soal cintamu itu. Dalam soal cinta tiga segi, perempuan tidak semestinya akan menerima lelaki dalam hidupnya yang baru sahaja dia kenali, mungkin dia mencari perbezaan antara kamu dengan kekasih lamanya. Kadang-kadang lelaki yang baru saja dia kenal, dia tidak tahu akan perangai dan sikap sebenarnya. manakala lelaki yang sudah lama dia kenal, kita sudah tahu perangai dan sikapnya dan tahu bagaimana menyelesaikan masalah antara pasangan kamu itu.

Sesetengah pasangan yang telah menjalinkan hubungan yang agak lama dan ingin mendirikan rumah tangga akan roboh disebabkan orang ketiga ataupun halangan keluarga. Mungkin itu adalah takdir atau salah lelaki dan berkemungkinan perempuan itu juga. Tapi janganlah kita menyalahkan orang lain jika semua itu berlaku tanpa diduga, yang harus kita salahkan adalah diri kita, cara kita, sikap kita dan perangai kita pada si dia.

Adakah kita memberikan yang terbaik untuk si dia ataupun tidak?. Fikirkan apa salah kamu pada si dia, jika kamu fikir kamu mengongkongnya kerana untuk kebaikannya, kamu sudah silap. Semua orang perlukan ruang dan masa untuk bersendirian, bergembira dan bukannya bersama kamu sepanjang masa dan melayan kerenah kamu. Si dia akan merasa tertekan dengan sikap kamu, mungkin jika lebih memahaminya dan memberi ruang kepadanya, mungkin dia adalah untuk kamu.

Fikirkanlah apa yang kamu buat itu dan jadikan sebagai pengajaran dalam hidup kamu dan berharap tidak akan mengulangi kesilapan yang sama jika kamu bertemu dengan wanita lain dalam hidupmu suatu hari nanti. Cuba fahami dirinya dan sikapnya sebelum memulakan perhubungan sebelum melangkah ke peringkat yang seterusnya dalam hidup kamu bersamanya. Itu adalah yang terbaik.

Itu hanya pendapat aku sahaja kerana lain orang, lain pula pendapatnya, tapi aku cuma menerangkan yang fakta dan apa yang aku telah lihat di sekeliling aku.

Comments (0)

Post a Comment