Pages

Kenapa Bunuh Diri Bila Putus Cinta?

Posted by Syahmi Senvorra | Posted in | Posted on 9:09 AM

Sedih bila tgk sekarang banyak kes2 bunuh diri, x kira la lelaki ka, perempuan ka sama ja. Bila putus cinta ja, x dapat menerima kenyataan bhw org yg kita cintai tu bukan jodoh kita, ambik jalan mudah utk mengubati kekecewaan tu dgn bunuh diri. Yang paling sedihnya, byk yg bunuh diri ni di kalangan bangsa kita, Islam lak tue. Owh, nipisnya iman kita kalo buat cmtu. Isk3, rilek la kwn2 sekalian, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.





Utk perempuan2, kalo kita x dapat lelaki yg baik kat dunia nie, Allah dh sediakan lelaki baik utk kita di Syurga nanti. "wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Riwayat Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia." Bleh rujuk sini -> Suami Isteri Di Dunia Dan Juga Akhirat... (",)


Untuk lelaki2 lak, Allah dh sediakan bidadari2 cantik untuk kita dlm Syurga nanti. Kecantikan bidadari ni jgn nk cakap lah, mmg cantik sgt sampai x tergambar oleh kata2. Ada beberapa hadis yg menyatakan ttg cantik dan harumnya bidadari2, antaranya ialah, “jika salah seorang bidadari menampakan wajahnya, niscaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (HR Bukhari). “Aku siapkan bagi hamba-hamba-Ku yang shalih sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh pikiran.” (HR. Bukhari dan Muslim)




Apakah hukum bunuh diri?
Bunuh diri adalah berdosa besar, akan dimasukkan ke dalam neraka selama-lamanya dan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.


مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا


Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)



Comments (0)

Post a Comment