Pages

Perang Jin Dan Ustaz...Betul Ke?

Posted by Syahmi Senvorra | Posted in , , | Posted on 4:27 AM

Video ni tunjuk ada api biru... Api biru

Lapisan api yang dibawah sekali ialah bewarna ungu. Lapisan ini adalah sangat sedikit sehingga hampir tidak kelihatan. Lapisan kedua ialah berwarna biru. Dan lapisan api yang ketiga ialah yang bewarna hijau. Lapisan yang berwarna hijau juga hampir tidak kelihatan pada nyalaan api biasa. Ia boleh dilihat pada nyalaan tertentu. Lapisn api yang seterusnya ialah lapisan api yang berwarna kuning, jingga dan merah seterusnya jelaga yang berwarna hitam. Lapisan api yang berwarna Hijau, Biru dan Ungu adalah lapisan api yang paling panas sekali.... dalam sains fizik, nyalaan lengkap sesuatu nyalaan api ialah apiyang berwarna biru...

Surah Ar-Rahman ayat 15 :
Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij )... dari api yang menyala-nyala yang bermaksud dari lapisan api yang berwarna kuning, jingga dan merah.....

4. Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a
Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah ).

Asal Kejadian Jin.

Keterangan "Al-Maarij "

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.
Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.


Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Comments (0)

Post a Comment