Pages

ION Battery Timer Untuk Telefon Symbian Anda

Posted by Syahmi Senvorra | Posted in | Posted on 8:19 AM

ion000068.jpg ion000069.jpg

1. Versi terbaru iON Battery Timer 1.03 baru sahaja dikeluarkan oleh pembangunnya iaitu Capree Mobile .

2. Apa sebenarnya kegunaan software ni? Bagi saya, ia memberi satu maklumat yang penting kepada pengguna telefon pintar Symbian S60 kerana ia memaparkan baki masa yang tinggal sebelum bateri telefon habis.

ion000070.jpg ion000071.jpg

3. Memanglah semua telefon pintar Symbian mempunyai indikator untuk menunjukkan paras bateri tapi ia terlalu ringkas dan tidak memaparkan maklumat mengenai berapa lama lagi bateri tu boleh tahan.
4. Dengan iON Battery Timer,
anda boleh mengagak baki masa yang tinggal dengan hanya melihat kepada nombor dan icon yang dipaparkan di sebelah kanan atas di Standby Screen, betul-betul bersebelahan dengan icon bateri yang sedia ada. Contohnya 3d 15h menunjukkan bateri masih tahan untuk 3 hari dan 15 jam.

5. Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai status bateri anda, ia juga boleh dipaparkan dengan melancarkan aplikasi iON Battery Timer. Ia memaparkan bila bateri akan habis, serta berapa lama lagi yang diperlukan untuk bateri ‘discharge’ sepenuhnya.

ion000072.jpg ion000074.jpg

6. Disamping itu, ada satu lagi fungsi iON yang sangat menarik bagi saya. Iaitu screensaver (atau powersaver) yang menunjukkan icon bateri yang besar serta maklumat mengenai bateri serta tarikh. Sangat menarik. Ia jauh lebih baik dari screensaver S60 yang asal.
7. Saya sangat mengesyorkan anda supaya mencuba software ini kerana ia berguna. Harganya pun tak mahal sangat dan anda boleh cuba trial version.

Comments (0)

Post a Comment