Pages

Dewi Persik Jalani Pembedahan Selaput Dara Selepas Bercerai

Posted by Syahmi Senvorra | Posted in , , , | Posted on 2:49 AM



JAKARTA: Dia sudah tiga kali berkahwin dan bercerai. Tetapi penyanyi dangdut, Dewi Perssik kini kembali perawan.

Penyanyi lagu ‘Goyang Gergaji’ itu mengaku menjalani pembedahan selaput dara dan ia dilakukan selepas menjalani ibadah umrah tidak lama dulu.

Dewi atau lebih dikenali dengan panggilan Depe dan nama sebenarnya Dewi Murya Agung dikatakan menjalani pembedahan itu di sebuah klinik di Mesir.

“Saya memang merancang untuk menjalani pembedahan selaput dara. Saya sudah pun menjalaninya. “Walaupun saya berstatus janda tetapi secara fizikalnya, saya perawan,” kata Depe seperti dilapor oleh Warta Kora, semalam.

Menurutnya, dia melakukan pembedahan itu kerana mahukan keperawanannya kembali dan juga ingin memberi nikmat yang lebih kepada bakal suaminya kelak.

“Saya akan tetap perawan apabila berkahwin dengan suami baru nanti,” katanya.

Menurut Depe, dia masih merasakan sakit pada sekitar perut dan pangkal paha selepas menjalani pembedahan itu.

Namun, ia tidak menghalangnya untuk membuat persembahan di atas pentas. “Yang penting, saya sudah peroleh apa yang diinginkan.

“Pembedahan dilakukan selepas menunaikan umrah bersama keluarga. Saya ingin sangat untuk mendapatkannya dan mencari maklumat mengenai klinik yang menjalankannya dan ternyata berkesan,” katanya. - Agensi

Comments (0)

Post a Comment