Pages

Cara Penampilan Diri Yang Betul

Posted by Syahmi Senvorra | Posted in , | Posted on 6:52 PM

Broo...sini ade aku ade sedikit tips untuk dikongsi kepada sesiapa yang nk jaga penampilan diri dan untuk menaikkan ke'respect'an orang lain terhadap diri korang yang  tak seberapa tu..heehehe.

Peka terhadap kebersihan
Badan yang bersih mampu mengelakan anda dari sebarang penyakit. Sedar atau tidak sebenarnya mempengaruhi penampilan anda sehari-hari. Tanyalah sesiapa sahaja terutamanya wanitaa dakah mereka rela keluar dengan lelaki yang pengotor (berkuku hitam, nafas berbau dan berkelumumur) walaupun mengenakan pakaian berjenama terkenal dan pastinya jawapan yang akan keluar dari mulut mereka ialah “TIDAK”. Elakkan berlakunya perkara sedemikian dengan mengambil berat perihal kebersihan. Lakukan sesuatu terhadap anggota atau bahagian badan yang ‘bermasalah’ secepat mungkin.

Cergas dan cerdas serlahkan penampilan
Peruntukkan masa yang singkat untuk melakukan senaman yang ringkas, mampu kelihatan dan cerdas sepanjang hari sekali gus mencerminkan penampilan yang menarik ketika berada di khalayak. Perlu diingatkan bahawa tubuh badan yang sihat memberikan anda lebih stamina untuk melakukan sesuatu kerja selain memberi kesan positif kepada sikap serta keyakinan diri.

Lebih penjagaan untuk kulit wajah
Bayangkan anda berada di sebuah majlis yang hebat, berpakaian mahal tetapi tiada seorang pun wanita yang sudi menghapiri. Pastinya seribu satu macam persoalan menghuni fikiran mengapa situasi tersebut berlaku. Periksa kembali penampilan anda dan mungkin juga bahagian yang bermasalah ialah kulit wajah. Aplikasikan tiga langkah mudah iaitu membersih, menyegar dan melembap selain mendapatkan rehat yang cukup untuk mengembalikan keserian wajah.

Amalkan sikap berbudi bahasa
Umum mengetahui bahawa wanita amat tertarik kepada lelaki yang bersikap gentleman seperti membuka pintu kereta. menarik kerusi di meja makan atau memimpin ketika melintas jalan, memberikan tempat duduk kepada individu yang lebih memerlukan dan banyak lagi. Dengan mempraktikkan cara ini, penampilan anda pasti lebih lengkap di samping wajah yang kacak, pakaian yang segak serta amalan kebersihan yang sempurna.

So bila diri tu da di respect orang,,jangan la lupa nk follow blog aku nih...kui3

Comments (0)

Post a Comment