Pages

Aishwarya Rai Hamil

Posted by Syahmi Senvorra | Posted in | Posted on 8:44 AM


AISHWARYA RAI dan suaminya, Abhisek Bachchan.

MUMBAI - Bekas Ratu Cantik Dunia yang menjadi aktres, Aishwarya Rai kini hamil, dedah bapa mertuanya yang juga pelakon legenda Hollywood, Amitabh Bachchan kelmarin.

"Berita, Berita, Berita!!! Saya akan menjadi datuk... Aishwarya mengharapkan... Amat gembira dan teruja !!!" kata Bachchan yang menulis mesej itu di Twitter.

Rai, 37, berkahwin dengan anak Bachchan, Abhisek, 35, pada April 2007.

Pasangan itu mengharapkan anak pertama selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Bachchan berkata, dia menerima 2,843 ucapan tahniah hanya dalam tempoh setengah jam.

Semasa menulis dalam laman blog bigb.bigadda.com, Bachchan berkata, kegembiraan dan keriangan menyelubungi keluarganya. - Agensi


Comments (0)

Post a Comment