Pages

10 Perkara Yang Sangat Menyampah Di Hostel

Posted by Syahmi Senvorra | Posted in , | Posted on 7:09 PM

  1. Orang bising. Suara garau, lantang tak best langsung tapi suka menyanyi kuat-kuat. Orang-orang macam ni samada tak tahu malu, tak bertimbang rasa atau tak faham bahasa. Tahu tak nyanyian korang tu mengganggu orang lain, bukan menghiburkan mereka?
  2. Peminjam tegar. Pinjam sudu, garfu, cawan, mangkuk, periuk belanga dan segala jenis apa yang boleh dipinjam tapi tak reti nak pulangkan balik. Lagi best bila dia declare barang tu jadi barang sendiri terus simpan dalam bilik. Bila kita melilau mencari tengok barang tu dalam bilik entah siapa-siapa, tak berbasuh.
  3. Barang hilang. Kat sekolah, paling senang hilang adalah pakaian. Kat IPT up sikit, mungkin duit, laptop, smartphone dan sebagainya. Tapi kat oversea oklah, sesama warganegara takde kes kecurian. Itu tandanya duit scholar semua orang cukup, ataupun pelajar yang dihantar ke luar negara ni lebih banyak kesedaran sivik.
  4. Tengah tidur, sekali tengah malam adalan ‘jin’ mana masuk buka lampu. Oh.. rasa macam nak terajang je orang tu.
  5. Bising sampai pagi. Ada jenis manusia ni, mereka tak boleh tidur awal. Jadi apa mereka buat, lepak ramai-ramai dalam satu kelompok dan buatlah apa-apa sampailah diorang mengantuk. Yang kesian adalah orang yang ada sekali dalam bilik tu yang memang nak tidur. Memang kesian.
  6. Bayar duit hostel. Memang annoying sebab duit banyak habis sekelip mata.
  7. Rokok. Ada orang yang tak merokok tak kisah dengan asap rokok, ada yang allergic habis. Memang kesian la golongan yang allergic habis ni kalau dapat rakan sebilik yang memang perokok dan tak nak hisap rokok kat tempat lain.
  8. Warden dan mereka yang berkuasa di hostel tersebut. No doubt, mereka memang annoying.
  9. Kongsi toilet. Bila ada orang lain nak guna dan tak perasan ada orang lain dalam toilet tu dan pintu toilet tu pula tak boleh dikunci dengan betul, maka terjadilah kes ‘diganggu’ ketika menunaikan hajat.
  10. Kurang privasi. Nak cakap dengan awek atau family bincang perkara-perkara yang agak peribadi kadang-kadang susah. Kena cakap slow-slow tak nak orang dengar. Nak pergi tempat lain tak boleh sebab guna skype kat laptop. Akhirnya, terpaksalah cari tunggu waktu keemasan bila semua orang dalam bilik keluar baru boleh bercakap dengan orang tersayang tanpa sebarang gangguan.

Comments (0)

Post a Comment