Pages

Antara Penukaran Jantina...Khunsa?

Posted by Syahmi Senvorra | Posted in , , | Posted on 6:28 PM

    Penukaran jantina daripada lelaki menjadi perempuan adalah haram. Ia dianggap merubah ciptaan Allah dan ia adalah sebahagian daripada tipu daya syaitan. Antaranya syaitan bersumpah untuk menyesatkan manusia supayamereka merubah ciptaan Allah. " - dan akan aku [syaitan] suruh mereka [manusia] (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya." (Q4:119). Larangan keras juga dikenakan kepada lelaki yang menyerupai wanita. "Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita meyerupai lelaki".

Islam mengutuk lelaki yang berdandan seperti wanita dan wanita yang berdandan seperti lelaki. Ini disebut dalam hadis Rasulullah bermaksud: "Rasulullah melaknat lelaki yang berpakaian seperti perempuan dan perempuan yang berpakaian seperti lelaki." (Hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah).

Dalam hadis lain baginda bersabda: "Rasulullah melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda halau mereka dari rumahmu." (Hadis riwayat Bukhari daripada Ibnu Abbas).

Daripada hadis di atas dapat dilihat bahawa lelaki yang meniru sifat dan kelakuan wanita dan wanita yang meniru sikap dan cara hidup lelaki sangat dimurkai Rasulullah.

Dalam Islam, memperjelaskan kedudukan jantina ini sangat penting bagi memahami status seseorang sebagai lelaki mahupun wanita. Ini kerana masalah ini akan meliputi pelbagai aspek kehidupan seseorang itu, baik kedudukan mereka dalam beribadah, nasab mahu pun harta pusaka.

Jadi, jika seseorang itu benar-benar lelaki, bukan khunsa, pada asalnya tetapi melakukan pembedahan atas dasar ingin jadi perempuan, beliau tetap dikira lelaki dan diuruskan jenazah sebagai seorang lelaki.

Sebelum ini pun timbul persoalan mengenai hukum seseorang lelaki beragama Islam itu mengambil keputusan untuk menukar jantina dengan menjalani pembedahan di luar negara. Apabila lelaki berkenaan meninggal dunia, dia meninggal sebagai seorang perempuan dan bagaimanakah cara hendak menyempurnakan jenazahnya.

Sebenarnya, pembedahan hanya dibenarkan kepada khunsa (banci), iaitu orang yang mempunyai alat kelamin lelaki dan perempuan atau yang tidak mempunyai alat kelamin sama sekali. Ia digelar khunsa musykil (tidak ada kejelasan) antara lelaki dan perempuan. Cara untuk menentu status sama ada beliau lelaki atau perempuan ialah dengan melihat tempat keluar air kencing. Maha Kaya Allah ketika menjadikan khunsa dengan dua alat kelamin akan menjadikan kecenderungan mereka melalui pembuangan najis. Jadi tahulah jantinanya daripada situ.

Bagi mayat khunsa, cara mengkafan mengikut kecenderungan alat jantinanya iaitu jika kecenderungannya lebih kepada lelaki, ia hendaklah dikafan seperti lelaki dan sebaliknya.

Hakikatnya, setiap manusia yang lahir tidak dapat menentukan jantinanya sendiri. Baik menjadi lelaki, wanita, khunsa mahupun mukhannis (lelaki yang tinggi sifat kewanitaannya). Ini adalah takdir Allah yang sudah ditetapkan di luhul mahfuz dengan ilmu dan kudrat-Nya yang kadim. Tidak dapat diubah oleh kekuasaan manusia.

Dalam hal ini, Allah berfirman yang bermaksud: "Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya; Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan mengurniakan anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak lelakidan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya; mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa." - (Q.S Asy-Syura: 49-50).

Comments (0)

Post a Comment