Pages

Bolehkah Bercinta Sebelum Kahwin?

Posted by Syahmi Senvorra | Posted in , | Posted on 10:55 AM

Ini adalah soalan yang pernah dikemukakan di laman web. Tapi ana tidak pasti page yg mana..Tp sama-samalah kita renungkan..Jika ada kesilapan sila tegur.Soalannya adalah

Saya ingin tanya bolehkah umat Islam atau manusia yang bukan muhrim yang belum berkahwin bercinta? Jika boleh bagaimana pendekatan dalam Islam ?


Cinta adalah fitrah (komponen kejadian manusia). Firman Allah," Fitrah Allah
yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada

fitrah itu." maksud Surah arRum: 30

Imam Ibn Qayyim menjelaskan cinta adalah fenomena universal dan ia memberi
kesan yang mendalam kepada jiwa manusia hinggakan dalam sastera Arab
menghasilkan lebih dari 60 istilah cinta. Dunia Melayu pun apa kurangnya.
Syaikh (aMarhum) Abdullah Nasih Ulwan berpendapat: Islam mengiktiraf cinta
yang bersemi pada setiap individu dan Islam telah menggariskan tiga tahap cinta:

* Cinta agung: Cinta kepada Allah, Rasul dan Islam serta berjihad
   membuktikannya.
** Cinta pertengahan: cintakan sesama manusia: ibubapa, anak-isteri, kaum
     kerabat dan sahabat handai
*** Cinta bawahan: menyintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah, Rasul dan Islam.

 Bolehkah pasangan bukan muhrim bercinta sebelum kahwin?

 Syaikh Atiyyah Saqr menjawab: kenapa tidak? Cinta adalah suci, cinta dalam
 bentuk apapun dibolehkan oleh syara' asalkan tidak dikotori dengan niat dan
 aksi kotor; ia mestilah tidak bercanggah dengn hukum-hukum syara' dan
 diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah.

Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui
agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta
kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala
cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis.

Cinta yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan
menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang
kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syara' adalah diharuskan oleh
syara' dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal.

Rujukan:
1. Syaikh (Prof) Abdullah Nasih Ulwan, Islam wal Hubb (Islam dan Cinta)
2. Syaikh Atiyyah Saqr, Islam wa Musykilatul Hayah (Islam dan permasalahan Hidup)
3. Ibn Qayyim alJauziah, raudhah al muhibbin wa Nuzhah al Musytaqin (taman
    orang-orang bercinta dan kerinduan)

Comments (0)

Post a Comment