Pages

Awasilah Fitnah!

Posted by Syahmi Senvorra | Posted in , | Posted on 3:31 AM

Untuk menjaga diri daripada terjatuh ke dalam keadaan fitnah atau pengaruh
kebatilan, Huzaifah pernah berkata: "Adakah selepas kebaikan ini akan datang
pula kejahatan?" Baginda menjawab; 'Ya', ada tetapi bercampur dengan "dakhan'".
Huzaifah bertanya, "Apakah 'dakhan' itu?". Baginda menjawab,
"Kaum atau golongan yang mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan
mengambil petunjuk lain daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah
kamu tentang mereka". Huzaifah bertanya lagi, "Apakah selepas ini ada keburukan
lagi?" Baginda menjawab, 'Ya' ada iaitu pendakwah-pendakwah di
tepi pintu neraka." Kata Huzaifah, "Bolehkah bari tahu sifat mereka, wahai Rasul
SAW?" Baginda bersabda, "Mereka adalah sama warna kulitnya dengan kamu dan
bercakap dengan bahasa kamu".

Marilah kita awasi sentiasa dengan fitnah-fitnah yang berlaku melalui
percakapan, fitnah pekerjaan, fitnah aqidah dan ideologi yang menyesatkan,
fitnah menyaksikan kemungkaran dan maksiat yang berlaku di hadapan mata kita,
kerana semua bentuk fitnah tersebut boleh menghalang dan menyekat
pembangunan dan perlaksanaan Islam sebagai ad-din (sistem hidup). Kita sendiri
boleh terhakis keimanan dan ketaqwaan dan sekaligus melemahkan ubudiyah kita
kepada Allah SWT. Maka untuk menyekat fitnah-fitnah ini kita perlu fahami dua
perkara asas:

 Ilmu syara' - Islam sebagai ad-din yang syumul dariapada Q & H melalui
ulamak-ulamak yang muktabar(yang jelas kefahaman dan keiltizaman mereka dengan
ajaran Islam).

 Ilmu Waqi' - Keadaan yang ada samada Islamik atau tidak. Fahami reality dari
segi aqidahnya, ibadahnya, syariatnya, akhlaknya dan nilai-nilai yang lain.
Adakah ia berasaskan Islam atau pun tidak?

Allah SWT mengingatkan kita di dalam surah al-Anfal ayat 25 bermaksud: "Jagalah
olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan
ketahuilah bahawa Allah sangat dashat siksaan Nya."

Wasalam.

------------------------------------------------------------------------
Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk
mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih
Muslim)

Comments (0)

Post a Comment